Ahad, 26 Mei 2013

Fonetik artikulasi adalah merupakan satu cabang ilmu dari bidang Fonetik. Fonetik artikulasi memfokuskan kajian dan perbincangan bagaimana bunyi bahasa dihasilkan dengan bantuan organ dalaman.

Sabtu, 13 April 2013

1.0  PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI

1.1 Definisi fonetik
         Menurut Kamus Dewan (1996:354), fonetik ialah ilmu bahasa (llinguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Manakala mengikut Merriam Webster’s Collengiate Dictionary tenth edition (1996:873), fonetik dikatakan sebagai “thesystem of speech sounds of a language or group of languages”.Kamus OxfordAdvanced Learner’s Dictionanry of current English (1992:671) fonetik merupakan “the study of speech sounds and their production”. Mengikut kamus The World Book of Dictionanry (1981:1566) menyatakan fonetik sebagai “the science dealing with sounds made in speech and the art of pronunciation….concerned with the production of these speech sounds by thearticulating organs of the speaker, the sound waves in which they result, andthe auditory effect they produce on the hearer”.
                 Kamus Collins Shorter English Dictionary (1990:858) pula menjelaskan fonetik sebagai “the science that deals with pronunciation and therepresentation of the sounds of speech.”Mengikut Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana, 1984:51) memberikan definisi fonetik sebagai “ilmuyang menyelidiki penghasilan, penyampaian dan penerimaan bunyi bahasa.”Akan tetepi mengikut Encyclopedia Americana (1994:955) mendefinisikan fonetik sebagai “ the science that investigates the soundsmade by the speech organs, seeking to describe them, account for their production, and classify them.” Selain definisi-definisi yang diberikan dalam kamus dan ensiklopedia beberapa pandangan dan pengertian tentang fonetik oleh beberapa orangsarjana bahasa juga disertakan di sini bagi menjelaskan konsep fonetik tersebut. Mengikut Ferdinand de Saussure dalam buku Pengantar LingustikUmum yang diterjemahkan oleh Ajid Che Kob Course in Ge neral Linguistics menyatakan “ fonetik merupakan bahagian yang asas dalam ilmu bahasa, manakala fonologi…hanya satu disiplin Bantu dan terangkum ke dalam pertuturan (1993:37). Mengikut Adrian Akmajian et. Al. dalam buku Linguistik: Pengantar bahasa dan Komunikasi terjemahan Aishah Mahdi dan Azizah Hussein daripada buku Linguistik :An Introduction to Language and Communication menyatakan: “ Fonetik ialah bidang yang memperkatakan bagaimana bunyi bahasa dihasilkan (dituturkan) dalam saluran suara bidang kajian yang dikenali sebagai fonetik artikulasi,  dan juga sifat fizikal gelombang bunyi bahasa yang dihasilkan oleh saluran suara (bidang yangdikenali sebagai fonetik akustik). Sementara istilah fonetik biasanya bermaksud kajian tentang sifat artikulasi dan akustik bunyi. (1995:61).
Manakala Marsono dalam bukunya fonetik memberikan definisi fonetik adalah seperti yang berikut: “Fonetik (phonetics) ialah ilmu yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa tanpa melihat fungsi itu sebagai pembeda makna dalamsuatu bahasa” (1986:1”).J.W.M Verhaar dalam bukunya Pengantar Linguistik  memberikan pengertian fonetik seperti berikut: “Fonetik atau ilmu bunyi menyelidiki bunyi sebagaimana terdapat dalam parole” (1983:8). Manakala Abdullah Hassan dalam bukunya Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia memberikan definisi fonetik seperti yang berikut: “Fonetik mengkajibunyi bahasa dari segi penyebutan, pendengaran atau sifatnya…Fonetik amnya ialah pengkajian terhadap unsur-unsur bahasa dalam bentuk bunyi.(1993:40) Alias Mohamad Yatim, dalam bukunya Fonetik dan Fonologi: Suatu Tinjuan menyatakan : “ Fonetik ialah kajian saintifik mengenai bunyi bahasa dan rumus yang melibatkan pengelurannya.”(1992:2) Mengikut Arbak Othman menghuraikan fonetik sebagai: “ Fonetik merupakan bidang yang dipelajari segala bunyi bahasa (bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat pertuturan manusia) dan memberikan simbol fonetik untuk masing-masing bunyi itu. Bunyi-bunyi bahasa boleh dikaji dari beberapa segi. Seseorang boleh melakukan kajiannya dengan melihat sifat-sifat fizik bunyi-bunyi bahasa ketika bunyi-bunyi bahasa ketika bunyi-bunyi itu dipindahkan melaui udara, mengatur jumlah tenaga gelombang menurut gejala-gejala serta bagaimana sifat-sifat ini berubah dalam proses penghasilannya (1986:52-53). Raja Mukhtaruddin bin Raja Mohd.Dain memberikan pengertian fonetik sebagai  berikut “ Fonetik mengandungi teori-teori mengenai bunyi bahasa. Dalam fonetik akan terdapat konsep-konsep mengenai bunyi bahasa, kriteria-kriteria pengklasan bunyi-bunyi bahasa, teknik menghuraikan pengeluaran bunyi bahasa dan lain-lain seumpamanya.” (1982:40).
 
1.2  Definisi Fonologi
                 Maksud dan makna fonologi adalah seperti yang berikut menurut kamus dewan, fonologi merupakan kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa.(1996:354) Dalam Merriam Webster’s Collegaite Dictionary tenthedition (1996:874) fonologi dihuraikan sebagai “the science of speechsounds including, especially the history and theory of sound changes in alanguage or in two  or more related languages. Mengikut Kamus Linguistik  (Harimurti Kridalaksana,1984:51) memberikan definisi fonologi sebagai bidang dalam linguistic yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa  mengikut fungsinya.Kamus oxford Advanced Learner’s Dictionanry of Current English (1992:671) memberi pengertian fonologi sebagai “the study of thesystems of speech sounds, especially in a particular language.Manakala kamus Chamber Family Dictionary (1990:572) menghuraikan fonologi sebagai “ the study of system of sounds in language and of the history of their changes
.”Dalam Collins Shorter English Dictionary (1993:858) fonologi dikatakan“the study of the sound system of a language or of language in general.” TheWorld Book Dictionary (1981:1567) menerangkan fonologi sebagai “ thesystem of sound used in language”.Dalam Ensyclpedia Amerikana(1994:959) fonologi diberi pengertian sebagai “the branch of linguistics or of grammar that deals with speech sound as they enter into the structure of language.” Di samping itu juga definisi dan maksud fonologi juga didapati dan dipetik daripada pendapat beberapa orang sarjana bahasa. Mengikut Adrian Akmajianet al dalam bukunya Linguistik:Pengantar Bahasa dan Komunikasi  terjemahan oleh Aishah Mahdi dan Azizah Hussien memberi pengertian tentang fonologi seperti yang berikut: “ Fonologi ialah subbidang linguistic yang  mengkaji struktur dan pemolaan sistematik bunyi dalam bahasa manusia.Istilahfonologi digunakan dalam dua cara. Dari satu segi, fonologi sesuatu bahasa tertentu dan rumus yang mengawal penyebaran bunyi tersebut. Dari segi yang lain pula, fonologi merujuk bahagian teori tentangbahasa manusia yang umum yang berrkaitan dengan sifat universal sistem bunyi semula jadi…”(1995:112). 
Manakala Frank parker dalam Linguistik untuk Bukan Ahli Linguistik menjelaskan: “Fonologi merupakan suatu bidang yang mengkaji sesuatu bahasa, iaitu rumus-rumus yang menentukan sebutan.” (1974:112).Manakala menurut J.W.M. Verhaar ,Fonologi (phonology) sebagai bidang khusus dalam linguistik itu mengamati bunyi-bunyi sesuatu bahasa tertentu menurutfungsinya untuk membedakan makna leksikal dalam bahasa.(1983:86) Abdullah Hassan pula dalam bukunya Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia menyatakan bahawa fonologi mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa itu.”(1993:40)

1.1   FONETIK ARTIKULASI
Fonetik artikulasi adalah merupakan satu cabang ilmu dari bidang Fonetik. Fonetik artikulasi memfokuskan kajian dan perbincangan bagaimana bunyi bahasa dihasilkan dengan bantuan organ dalaman. Menerusi ilmu ini kita akan didedahkan dan diperkenalkan kepada sistem penghasilan bunyi dan organ sebutan. Seperti paru-paru, pita suara, lelangit lembut dan keras, bahagian lidah dan lain-lain lagi. Fonetik artikulasi juga akan mendedahkan kepada kita bagaimana sesuatu bunyi terjadi, contohnya paru-paru ditekan, udara keluar dan menggeletarkan pita suara, menggerakkan lidah serta rahang ditambah dengan pergerakan bibir sehingga terhasilnya bunyi. Alat- alat yang digunakan untuk membentuk bunyi-bunyi dikenali sebagai artikulator. Bunyi –bunyi ujuran boleh dibahagikan kepada konsonan dan vokal.
Faktor utama yang terlibat dalam klasifikasi bunyi-bunyi konsonan ialah faktor bersuara dan tak bersuara di faktor titik artikulasi. Manakala faktor utama dalam kasifikasi bunyi vokal ialah kedudukan bibir dan darjah naik turun lidah dalam rongga mulut. Bunyi-bunyi yang berbeza akan dihasilkan dengan aksi yang berbeza bagi bahagian-bahagian organ tutur yang boleh bergerak. Untuk menentukan perbezaan-perbezaan dari aspek penghasilan bunyi, kita mestilah menentukan organ-organ mana yang terlibat dalam waktu-waktu yang relevan. Kita juga seharus dapat menentukan samada udara yang keluar udara jenis egresif ataupun udara jenis ingresif. Di samping itu kita seharusnya melihat juga bagaimana tekanan udara yang keluar samada kuat atau perlahan. Selain itu, kedudukan pita suara dan velum juga harus diambil kira. Bunyi bahasa akan ditentukan berdasarkan kedudukan pita suara sementara bunyi oral atau bunyi nasal pula akan ditentukan oleh kedudukan velum.
   Fonetik artikulasi ialah cabang fonetik yang meneliti cara dan pendeskripsian sesuatu bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia berasaskan alat-alat pertuturan dalam artikulasi. Pendeskripsian ini melibatkan alat artikulasi atau artikulator. Artikulator yang terlibat dalam proses penghasilan bunyi bahasa dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu artikulator bahagian dada, tekak dan kepala.
   Artikulator bahagian dada seperti  paru-paru (lungs) dan batang tenggorak (trachea). Artikulator bahagian tekak seperti pangkal tenggorok (larynx), pita suara (vocal cords), krikoid (cricoid), tiroid (thyroid) atau halkum, aritenoid (arythenoids), farinks (pharynx) atau dinding rongga kerongkong, dan epiglotis (epiglottis). Artikulator bahagian kepala pula boleh bersifat statik dan sebaliknya kerana boleh bergerak dan sebaliknya. Malahan, artikulator ini juga dianggap sebagai alat artikulasi aktif dan pasif. Artikulator yang terlibat dalam proses penghasilan bunyi bahasa bahagian kepala ini dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu artikulator aktif dan artikulator pasif / daerah artikulasi pasif. Bunyi bahasa terjadi jika udara mengalami halangan atau gangguan pada alat-alat artikulasi . Lihat rajah alat-alat artikulasi atau disebut juga articulator yang berfungsi dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa.
      
1.1.1    ARTIKULATOR AKTIF

  • Artikulator aktif ialah artikulator yang digunakan bagi menghasilkan bunyi bahasa. Artikulator aktif tidak bersifat statik kerana boleh bergerak. Malahan, artikulator ini disifatkan sebagai alat artikulasi aktif. Antaranya adalah seperti anak tekak (uvula), akar lidah (root of the tongue - hump), belakang lidah (back of the tongue - dorsum), tengah lidah (middle of the tongue - medium), daun lidah (blade of the tongue -  laminal), hujung lidah (tip of the tongue - apex), gigi bawah (lower teeth - denta), dan bibir bawah (lower lip - labia). Manakala artikulator pasif ialah bahagian yang menjadi tempat sentuhan artikulator aktif yang digunakan tatkala menghasilkan sesuatu bunyi bahasa.

          1.1.2   ARTIKULATOR PASIF

  • Artikulator pasif atau daerah artikulasi pasif ini bersifat statik kerana tidak boleh bergerak. Malahan, artikulator pasif  disifatkan sebagai alat artikulasi pasif. Antaranya adalah seperti gelungan (retroflex), lelangit keras (hard palate - palatum), lelangit lembut (soft palate - velum), gusi lelangit keras (alveolar ridge), gigi atas (upper teeth - denia), bibir atas (upper lip - labia), mulut (mouth), rongga mulut (mouth cavity / oral cavity), dan rongga hidung (nose cavity / nasal cavity).
  • Pendeknya, fonetik artikulasi ialah bidang yang meneliti penghasilan bunyi pertuturan oleh alat pertuturan manusia, iaitu bagaimana seseorang penutur itu menghasilkan bunyi dengan menggunakan alat pertuturan dan cara bunyi itu diklasifikasikan dan dideskripsikan. Alat ujaran yang bergerak untuk menghasilkan bunyi bahasa disebut artikulator atau artikulator aktif. Antara contoh artikulator adalah seperti lidah, gigi bawah dan bibir bawah. Manakala daerah yang disentuh atau didekati oleh artikulator disebut daerah artikulasi. Antara contoh daerah artikulasi adalah seperti gigi atas, gusi atas, bibir atas, anak tekak, lelangit keras dan lelangit lembut. Oleh sebab adanya artikulator aktif dan pasif inilah yang menjadikan timbulnya penamaan bunyi-bunyi bahasa seperti bunyi letupan dua bibir bersuara, letupan dua bibir tidak bersuara, geseran lelangit keras bersuara, geseran lelangit keras tidak bersuara dan sebagainya. Sebagai contoh, apabila dua bibir terkatup, daerah artikulasinya ialah bibir atas, sedangkan bibir bawah bertindak sebagai artikulator. Dengan itu bunyi yang terhasil dinamakan sebagai bunyi bilabial (‘bi’ bermakna ‘dua’ dan ‘labial’ bermakna ‘bibir’). Bunyi [b], [p], [m] ialah bunyi bilabial.
  •  Pendapat Lain tentang Fonetik Artikulasi :
Setiap peneliti atau linguis mempunyai pendekatannya sendiri apabila menjelaskan perihal fonetik artikulasi. Antaranya yang telah mengemukakan pendapat mereka tentang fonetik artikulasi adalah seperti yang berikut:
Profesor Dr. Abdul Hamid Mahmood dan Nur Farah Lo Abdullah (2007: 17) menjelaskan bahawa “fonetik artikulasi mengkaji bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dikeluarkan oleh alat-alat artikulasi”.
Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006: 1) berpendapat bahawa fonetik artikulasi ialah satu bidang kajian mengenai cara kita menggunakan alat dan daerah artikulasi bagi bertutur.
Nor Hashimah Jalaluddin (2000: 12) berpendapat bahawa fonetik artikulasi ialah bidang kajian mengenai pemerhatian ahli fonetik yang menggunakan x-ray untuk melihat bagaimana pergerakan udara yang digandingkan dengan pergerakan organ-organ pertuturan dan juga koordinasi kesemua pergerakan itu sehingga terhasilnya bunyi. Tegasnya, pemerhatian itu termasuklah bagaimana pergerakan lidah, rahang, bibir dan sebagainya, di samping cuba merakamkan posisi dan pergerakan lidah, lelangit lembut dan pita suara. Malahan tegasnya lagi bahawa bidang kajian itu juga mengenai pemerhatian dan/ atau mengambil gambar melalui cermin, contohnya bagi melihat pergerakan pita suara dengan menggunakan alat “laryngoscopic”, manakala alat “electromyography” pula digunakan untuk mengesan dan mengukur bilangan kecil potensi elektrik yang digabungkan dengan penekanan otot pada tahap yang relevan dalam terusan ujaran. Beliau pendapat bahawa fonetik ialah ilmu yangmengkaji bagaimana bunyi bahasa dihasilkan. Jelasnya lagi bahawa ilmu ini juga memperlihatkan bagaimana organ manusia seperti paru-paru, larings, farings, rongga mulut dan hidung turut membantu menghasilkan bunyi bahasa.

      Fonetik ini merupakan ilmu yang menghuraikan bagaimana gelombang bunyi diproses oleh telinga dan seterusnya dihantar ke otak untuk diproses menjadi bunyi-bunyi yang bermakna. Fonetik artikulasi akan mendedahkan kepada kita bagaimana sesuatu bunyi itu dihasilkan, oleh itu secara langsungnya kita akan diperkenalkan dengan organ-organ yang terlibat dalam penghasilan bunyi bahasa itu. Contohnya, udara bergerak dari paru-paru ke trakea, pita suara, kerongkong, dan akhirnya keluar sama ada melalui rongga mulut dan/atau rongga hidung. Ini akan melibatkan organ-organ sebutan yang tertentu semasa bunyi bahasa itu disebut. Menerusi ilmu ini juga, kita akan mempelajari bagaimana kita boleh mengubah bentuk organ-organ sebutan serta mengolah udara untuk menghasilkan bunyi-bunyi bahasa yang berbeza.

1.2  Penghasilan Bunyi Bahasa

1.2.1  Sistem Penghasilan Bunyi
1) Paru-Paru (Lungs)
Paru-paru dilindungi oleh tulang rangka dan diampu dibahagian bawahnya oleh oleh diafragma. Semasa Menghembus udara keluar, paru-paru ditekan dan mengecut, dan apabila udara disedut masuk, paru-paru pula akan mengembang Otok-otok yang terdapat di antara tulang rusuk dan diafragma banyak membantu dalam mengekalkan tekanan udara semasa penghasilan bunyi-bunyi bahasa.
2) Larings
Larings terdapat di bahagian atas tengkorak (trachea) dan bersambung dengan paru-paru agar semua udara yang masuk/keluar dari/ke paru-paru akan melaluinya. Ianya mengandungi rawan-rawan trioid, krikoid, dan aritenoid. Di sinilah terdapat pita suara yang juga dikenali sebagai glottis. Pita suara mempunyai dua keping otot dan tisu penyambung yang terbentang antara antara satu sama lain di bahagian tenggkorak. Pita suara melekat pada tulang-tulang aritenoid. Keadaan glotis atau pita suara yang berbeza akan menghasilkan bunyi yang berbeza, sama ada bunyi itu bersuara atau tidak bersuara
3) Farings
Farings terletak atas daripada larings. Farinks berbentuk seperti tiub yang kemudian bercabang kepada dua yang mengarah ke rongga oral (mulut) dan satu lagi mengarah ke rongga nasal (hidung). Farings bertindak sebagai bekas untuk menampung udara yang mampu menghasilkan getaran berdasarkan getaran yang berlaku di pita suara. Getaran bersambung dari golia dan terus-menerus hingga ke bahagian atas farings.
4) Rongga Oral (Mulut)
Rongga ini merupakan bahagian/ organ terpenting kerana ia boleh dipelbagaikan bentuknya untuk menghasilkan bunyi yang pelbagai.Rongga oral/mulut dibumbungi oleh lelangit. Lelangit di bahagian hadapan bertulang keras dan melekat serta tidak boleh bergerak. Ianya dikenali sebagai lelangit keras. Manakala di bahagian belakang dikenali sebagai lelangit lembut. Lelangit lembut boleh digerakkan dan ianya berfungsi untuk menyekat udara dari keluar melalui rongga hidung. Fungsi lelangit dalam pengujuran adalah pelindung (foil) kepada lidah dalam pergerakan artikulasi. Anak tekak juga terletak dalam rongga oral/mulut. Anak tekak ialah daging lembut yang terletak di hujung lelangit lembut dan peranannya perlu diasingkan daripada lelangit lembut.
Organ yang paling penting yang terdapat dalam rongga oral/mulut ialah lidah. Munurut Nor Hashimah Jalaluddin (1998),lidah boleh dibahagikan kepada tiga bahagian besar berdasarkan hubungannya dengan bahagian lelangit, iaitu ( ketika kedudukan lidah ditempat asal):
i. Daun lidah (Blade)-bahagian yang bertentangan dengan gigI-gusi.
ii. Depan lidah (Front)-bahagian yang bertentangan dengan lelangit keras.
iii. Belakang lidah (Back)-bahagian yang bertentangan dengan lelangit lembut.

5) Rongga Nasal (Hidung)
Rongga nasal/hidung merupakan organ yang menghasilkan bunyi-bunyi nasal atau sengau. Apabila pita suara bergetar, velum diturunkan supaya farings, rongga hidung dan mulut dapat berhubung antara satu sama lain. Udara yang bergetar akan menghasilkan bunyi-bunyi nasal/sengau. Bungi sengau akan terhasil apabila pada waktu yang sama udara yang hendak keluar dari rongga mulut tersekat, maka udara yang hendak keluar, akan keluar melalui rongga hidung,

1.3   Organ/Alat/Saluran Sebutan

a) Pita Suara
Mengandungi glotis yang akan berkeadaan terbuka atau tertutup untuk menghasilkan bunyi-bunyi bersuara atau tidak bersuara

b) Anak Tekak (Uvulum)
Sekeping otot yang terdapat di bahagian hujung lelangit lembut. Biasanya belakang lidah akan berinteraksi dengannya untuk menghasilkan bunyi-bunyi uvular.

c) Lelangit lembut. (Velum)
Organ yang lembut dan boleh mengawal udara untuk sama ada keluar melalui mulut atau hidung. Bahagian ini boleh disentuh oleh lidah,khususnya lidah bahagian belakang.

d) Lelangit keras (Palatum)
Merupakan bahagian atas rongga mulut. Jika dirasa dengan lidah, ia berkeadan licin. Selalunya bahagian tengah lidah akan berinteraksi dengannya untuk menghasilkan bunyi [c] dan [j].

e) Gusi-lelangit keras. (Alveopalatum)
Merupakan batas gusi yang terletak di antara gusi dan lelangit keras.

f) Gusi. ( Alveolum)
Merupakan bahagian isi di mana terdapatnya gigi. Bahagian hujung dan daun lidah sering berinteraksi dengannya untuk menghasilkan bunyi-bunyi seperti [t] dan [n].

g) Lidah.
Merupakan organ yang paling aktif dan boleh bergerak ke beberapa daerah dan membentuk pelbagai bentuk. Ia boleh dibahagikan kepada lima bahagian iaitu, hujung lidah, daun lidah, depan lidah, belakang lidah, dan akar lidah. ( Nor’Aini Ismail : 2005).
h) Gigi. (Dental)
Ianya turut membantu dalam penghasilan bunyi. Walaupun gigi atas dan bawah sahaja yang kelihatan dan sering disebut sebagai organ yang berperanan dalam penghasilan bunyi tetapi sebenarnya gigi depan dan belakang juga begitu.
i) Bibir. (Labia)
Ianya boleh dirapatkan untuk menghasilkan bunyi-bunyi seperti [p] dan [b] atau dirapatkan ke gigi hadapan untuk menghasilkan bunyi [f] dan [v] atau boleh juga dibundarkan dan dileperkan untuk menghasilkan vokal.

1.4   Bunyi-Bunyi Bahasa
Bunyi-Bunyi ujuran boleh dibahagikan kepada konsonan dan vokal. Munurut Nor Hashimah Jalaluddin (1998), faktor utama dalam klasifikasi bunyi-bunyi konsonan ialah titik artikulsi dan cara artikulasi. Di samping itu faktor bersuara dan tak bersuara serta juga kedudukan velum (bagi menentukan bunyi oral atau sengau) memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan bunyi-bunyi konsonan. Manakala faktor utama dalam klasifikasi bunyi vokal pula ialah kedudukan bibir dan darjah turun naik lidah dalam rongga mulut.

1.4.1   Cara Sebutan Bunyi
Menurut Nor ‘Aini Ismail (2005), cara asas menyebut segmen bunyi itu, sama ada segmen vokal atau konsonan boleh dilihat dari tiga aspek, iaitu:
a) Bunyi oral atau nasal
b) Bunyi bersuara atau tak bersuara.
c) Udara semasa menghasilkan bunyi itu dihalang atau tidak.

a) Bunyi oral atau nasal
Bunyi itu dikatakan sebagai bunyi oral jika udara keluar melalui mulut ketika sesuatu bunyi bahasa itu disebut. Manakala bunyi nasal berlaku apabila lelangit lembut direnggangkan dari farings dan keadaan ini akan menyebabkan udara akan keluar melalui rongga nasal.
Contoh;
Bunyi Oral - [s ], [ p ], [ k ].
Bunyi Nasal - [ m ], [ n ].

b) Bunyi bersuara atau tak bersuara.
Bunyi bersuara terjadi apabila udara melalui pita suara yang bukaan glotisnya agak rapat. Ketika itu pita suara akan bergetar. Bunyi tak bersuara pula ialah bunyi yang terjadi ketika udara melalui pita suara yang bukaan glotisnya agak renggang dan keadaan pita suara ketika itu tidak bergetar
Contoh:
Bunyi bersuara - [v ], [ b ], [ l ].
Bunyi tak bersuara - [ f ], [ p ], [ s ].

c) Udara semasa menghasilkan bunyi dihalang atau tidak.
Penghasilan udara dari papu-paru juga mungkin terhalang sama ada secara penuhnya atau tidak oleh organ-organ tertentu di dalam rongga pertuturan. Contohnya semasa bunyi konsonan plosive dihasilkan. Udara mungkin bergerak secara terus menerus tanpa dihalang dalam rongga pertuturan, seperti semasa menyebut bunyi-bunyi vokal.

1.5   Konsonan
Konsonan ialah segmen bunyi yang ketika menyebutnya, udara akan terhalang sama ada secara sepenuhnya atau tidak di dalam pertuturan dan ianya juga ialah bunyi bahasa selain daripada bunyi vokal. Bunyi konsonan boleh jadi bunyi oral atau bunyi nasal, bersuara atau tak bersuara. Menurut Radiah Yussof (2005), untuk mendeskripsikan sesuatu bunyi konsonan, beberapa aspek boleh digunakan, iaitu:
a. Cara yang utama iaitu oral atau nasal.
b. Cara udara dilepaskan iaitu hentian, letusan, geseran, geteran, sisian, atau geluncuran.
c. Daerah iaitu biladial (dwididir), ladiodental (bibir-gigi), dental (antara gigi), alveolar (gusi), palatal (lelangit keras), velar (lelangit lembut), uvulur (anak tekak), faringal (rongga tekak), atau gotal (pita suara).
d. Keadaan pita suara, sama ada bersuara atau tak bersuara.

1.5.1   Titik Artikulasi Konsonan
Titik artikulasi dan artikultor merupakan nadi utama dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Menurut Nor Hashimah Jalaluddin (1998), terdapat dua belas titik artikulasi yang terlibat bagi menghasilkan bunyi-bunyi bahasa (konsonan). Beliau berpendapat titik artikulasi ialah alat tutur manusia yang tidak boleh bergerak. Ia bersifat statik. Manakala artikulator pula ialah alat-alat tutur yang boleh bergerak seperti lidah, rahang, lelangit lembut dan bibir. Bibir boleh boleh termasuk dalam titik artikulasi di samping artikulator. Ini kerana bibir atas boleh dianggap sebagai titik artikulasi sementara bibir bawah pula boleh dianggap sebagai articulator. Pengelasan ini adalah berdasarkan pada ciri boleh bergerak yang membezakan antara titik artikulasi dengan artikulator. Titik artikulasi tersebut ialah:
1) Dua bibir
2) Bibir-Gusi
3) Gigi (Dental)
4) Gigi-Gusi (Alveolus)
5) Gelungan ( Refroflex)
6) Lelangit keras – Gigi gusi
7) Gigi Gusi – Lelangit keras
8) Lelangit keras
9) Lelangit Lembut
10) Anak Tekak

Alat Artikulasi (Artikulator): Alat artikulasi atau artikulator ialah organ yang menghasilkan bunyi bahasa, iaitu alat yang menerbitkan bunyi setelah udara dari paru-paru dipam ke organ-organ yang terlibat.  Perbuatan ini asalnya adalah untuk keperluan pernafasan, iaitu untuk menyedut oksigen bagi membersihkan darah.  Di samping itu, aliran udara juga digunakan untuk mengeluarkan bunyi bahasa.  Dalam ujaran bunyi bahasa ini tercakup semua organ dalam sistem pernafasan dan organ sebutan.  Organ-organ ini penting dalam sistem aliran udara yang menyebabkan penghasilan bunyi.

 1. Bibir atas
2. Bibir bawah
3. Gigi atas
4. Gigi bawah
5. Gusi
6. Lelangit keras
7. Lelangit lembut
8. Anak tekak
9. Hujung lidah
10. Hadapan lidah
11. Tengah lidah
12. Belakang lidah
13. Akar lidah
14. epiglottis
15. Pita suara
16. Rongga tekak
17. Rongga hidung
18. Rongga mulut
19. Rahang

1.6    Vokal
Vokal ialah bunyi yang dihasilkan secara lantang dan udara akan bergerak terus menerus dari paru-paru ke rongga pertuturan tanpa halangan. Bunyi-bunyi vokal melibatkan udara egresif sahaja iaitu udara yang dihembus keluar semasa menghasilkan bunyi ini. Ketika bunyi-bunyi vokal dihasilkan, tiada sekatan dan penyempitan berlaku di antara titik artikulasi dengan artikulator.
Menurut Radiah Yussof (2005), untuk mendeskripkan sesuatu vokal, kita perlu menggunakan aspek:
i. Lidah - sama ada tinggi, tengah, atau rendah
ii. Bahagian lidah - sama ada tengah, atau belakang
iii. Keadaan bibir - sama ada neutral, leper atau bundar.

1.6.1   Vokal Sistem Kardinal – Daniel Jones (1956)
Pengelasan vokal yang terbaik adalah berdasarkan vokal system kardinal yang dihasilkan leh Daniel Jones (1956). Rajah vokal kardinal adalah seperti yang berikut:
Apabila menghasilkan bunyi-bunyi vokal, lidah dan bibir dianggap mempunyai peranan terpenting. Lelangit lembut (terutama velum) pula akan menentukan sama ada bunyi vokal itu bunyi atau bunyi sengau.
Lidah boleh memberikan berbagai-bagai bentuk dan rupa bagi menghasilkan bunyi-bunyi vokal yang berbeza. Lokasi dan kedudukan lidah berasaskan kepada dua paksi iaitu yang mendatar dan yang menegak. Bahagian mendatar ialah dari depan ke belakang mulut sementara yang menegak pula ialah dari lantai mulut hingga ke bumbung mulut.
Terdapat empat bahagian bagi paksi menegak, iaitu:
i. Bahagian sempit/tinggi
ii. Bahagian separuh sempit/tinggi
iii. Bahagian separuh luas/rendah
iv. Bahagian luas/rendah

Paksi menegak ini bermula dari dari lantai lidah hingga ke atas iaitu ke bahagian lelangit. Tinggi atau sempit merujuk kepada kedudukan lidah yang hampar dengan bumbung mulut. Merujuk kepada mendatar, tiga titik mendatar itu ialah kedudukan depan, tengah dan belakang lidah. Selain lidah, bibir turut memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan bunyi vokal. Bentuk bibir boleh dibahagikan kepada bundar dan hampar. Bibir akan menjadi bundar apabila menghasilkan bunyi-bunyi vokal belakang. Manakala bentuk hampar akan terjadi apabila bunyi-bunyi vokal depan dibunyikan .

1.9  Diftong
Bunyi diftong berkait dengan vokal, ini adalah kerana bunyi diftong melibatkan dua deretan vokal yang hadir serentak. Menurut Nor Hashimah Jalaluddin (1998), bunyi diftong terhasil apabila vokal hadir selepas bunyi vokal yang satu lagi menggeluncur ke arah vokal yang mula-mula hadir tanpa menunjukkan sebarang puncak kelantangan. Ketiadaan puncak kelantangan semasa penghasilan bunyi diftong menjadi bunyi tersebut sebagai satu suku kata sahaja.

Terdapat tiga jenis diftong dalam bahasa Melayu iaitu /ai/, /oi/ dan /au/.

Bunyi /i/ aka menggeluncur ke bunyi /a/ dan bunyi /i/ akan hilang puncak kelantangannya. Begitu juga bunyi /i/ pada diftong /oi/ dan /u/ pada diftong /au/

ii)   FONETIK AKUSTIK

Fonetik akustik ialah cabang fonetik yang meneliti ciri-ciri fizikal atau sifat bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia berasaskan alat-alat pertuturan itu sendiri, iaitu bagaimana  gelombang udara dari paru-paru mengalami perubahan yang disebabkan oleh gangguan yang dibuat oleh artikulator atau alat artikulasi seperti pita suara, lidah, bibir dan sebagainya yang membawa bunyi bahasa itu ke telinga pendengar. Kajian ciri fizikal bunyi-bunyi bahasa atau ciri gelombang bunyi yang yang dimiliki suatu bahasa itu yang sampai ke telinga pendengar.

Ø  Penelitian terhadap ciri-ciri fizikal atau sifat bunyi bahasa yang menggunakan sejenis alat yang dikenali sebagai spektrogram itu melibatkan bunyi nada, kelantangan dan kepanjangan. Dengan menggunakan spektrogram bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia itu dapat ditentukan tahap frekuensi dan tahap lebar gelombang dan getaran bunyi pada sesuatu masa. Hasil kajian melalui penggunaan spektrogram mendapati bahawa setiap orang mempunyai nada yang berbeza, lebih-lebih lagi jika dibandingkan antara jantina. Sebagai contoh nada suara seorang perempuan didapati tahap frekuensi dan tahap lebar gelombang dan getaran bunyinya jauh lebih tinggi berbanding dengan nada suara seorang lelaki. Hal ini kerana nada suara seorang perempuan mempunyai 240 pusingan bagi setiap saat, sedangkan nada suara seorang lelaki hanya 150 pusingan bagi setiap saat. Malahan, kajian yang dilaksanakan dengan menggunakan spektrogram juga mendapati bahawa bunyi vokal hadapan berbeza dengan bunyi vokal belakang. 

Ø  Bunyi vokal hadapan nadanya lebih tinggi, manakala bunyi vokal belakang nadanya lebih rendah. Contoh bunyi vokal hadapan dalam bahasa Melayu ialah bunyi [i] dan [e], dan bunyi vokal belakang dalam bahasa Melayu ialah bunyi [u] dan [o]. Demikianlah halnya dengan bunyi-bunyi bersuara yang disebabkan getaran pada pita suara berbanding dengan bunyi-bunyi tidak bersuara yang disebabkan oleh tiada getaran pada pita suara didapati nada bunyi-bunyi bersuara lebih tinggi tahap frekuensi dan tahap lebar gelombang dan getaran bunyi berbanding dengan bunyi-bunyi tidak bersuara. Hasil kajian melalui penggunaan spektrogram juga mendapati bahawa bunyi  konsonan dan suku kata dalam bahasa Melayu mempunyai tahap kelantangan yang berbeza. Hal ini kerana faktor yang mempengaruhi perbezaan itu berpunca daripada tekanan udara dari paru-paru. Maknanya apabila bunyi konsonan atau suku kata itu ditekan, tekanan udara bertambah dan kesanya menghasilkan bunyi yang lebih lantang. Antara contoh tahap kelantangan bunyi konsonan dalam bahasa Melayu yang dipengaruhi oleh tekanan udara dari paru-paru ialah penghasilan bunyi konsonan [s], [z] dan [š] didapati lebih lantang berbanding dengan penghasilan bunyi konsonan [f] dan [v].

iii)    FONETIK AUDOTORI

Fonetik auditori ialah cabang fonetik yang meneliti bunyi berasaskan pendengaran terhadap bunyi bahasa yang dihasilkan, iaitu proses yang terjadi tatkala seseorang menerima bunyi dan bagaimana telinga dan otak bertindak terhadap gelombang bunyi itu didengar sebagai persepsi bahasa. Fonetik auditori juga meneliti penerima bunyi yang berasaskan nada, kelantangan dan kualiti bunyi. Kajian tentang bagaimana seseorang pendengar  itu menanggapi bunyi-bunyi bahasa yang diterima melalui telinganya. 
Pendapat Lain tentang Fonetik Auditori
Setiap peneliti atau linguis mempunyai pendekatannya sendiri apabila menjelaskan perihal fonetik auditori. Antaranya yang telah mengemukakan pendapat mereka tentang fonetik auditori adalah seperti yang berikut:
Abdul Hamid Mahmood dan Nur Farah Lo Abdullah (2007: 17) menjelaskan bahawa “fonetik auditori merupakan kajian yang berkaitan dengan pendengaran terhadap bunyi-bunyi yang dihasilkan supaya bunyi-bunyi itu dapat diperturunkan ke dalam lambang-lambang yang tepat.
Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006: 1) berpendapat bahawa fonetik auditori ialah kajian fonetik yang mendeskripsikan cara bagaimana kita memproses dan menginterpretasi bunyi-bunyi yang dihasilkan.
Nor Hashimah Jalaluddin (2000: 83) berpendapat bahawa fonetik auditori  ialah bidang kajian berkenaan pendengaran dan proses yang wujud apabila kita menerima bunyi dan bagaimana bunyi itu dirasai. Tegasnya, fonetik auditori melibatkan otak dan telinga. Tambahnya lagi, gelombang bunyi yang sampai ke telinga sebenarnya ialah getaran mekanikal bagi partikel-partikel udara. Manakala bunyi yang boleh didengar dan dirasa itu tentunya mempunyai jurang frekuansi dan kepadatan tertentu.

b.    Bunyi Vokal dan Konsonan Bahasa Melayu

Menurut Mohamad Yunus Maris (1964), terdapat lapan buah vokal Dalam bahasa Melayu. Ini diterapkan dalam rajah berikut.

Terdapat empat vokal depan dalam bahasa Melayu iaitu [i], [e], [ɛ] dan [a] manakala tiga Vokal belakang iaitu [u], [o] dan [כ] dan satu vokal tengah, iaitu [ə]. secara nyata vokal-vokal Ini tidak betul-betul menyerupai vokal kardinal sepenuhnya. Walau bagaimanapun Vokal Melayu ini dapat dijelaskan menurut persamaannya dengan vokal-vokal Kardinal.

Bunyi-bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara yang ketika menghasilkannya udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa mendapatkan sebarang sekatan atau geseran. Dengan kata lain bunyi-bunyi vokal mempunyai ciri-ciri seperti bersuara, udara keluar dari paru-paru berterusan dan udara keluar tanpa sekatan atau geseran.

Manakala penghasilan bunyi-bunyi vokal pula ditentukan oleh beberapa ciri tertentu iaitu, keadaan bibir sama ada dihamparkan atau dibundarkan, bahagian lidah yang terlibat sama ada depan lidah atau belakang lidah, turun naik lidah sama ada dinaikkan setinggi-tingginya, dinaikkan sedikit atau diturunkan, keadaan lelangit lembut, sama ada dinaikkan dan udara dari paru -paru keluar melalui rongga mulut sahaja ( menghasilkan bunyi-bunyi vokal atau oral) atau dinaikkan tetapi tidak rapat sehingga udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan juga rongga hidung ( menghasilkan bunyi-bunyi vokal yang disengaukan) dan keadaan glotis dirapatkan dan semasa udara keluar dari paru-paru pita suara bergetar. Selain vokal terdapat juga separuh vokal, diftong dan vokal rangkap.

Cara membunyikan huruf  vokal
Dalam pertuturan sebenar, kita perlu peka bahawa terdapat lapan jenis huruf vokal yang wujud dalam bahasa Melayu. Huraian berikut menyatakan peranan dan keadaan serta kedudukan alat-alat artikulasi seperti bibir, lidah, anak tekak, lelangit lembut dan pita suara dalam membunyikan vokal-vokal bahasa Melayu.

Profesor Dr. Abdul Hamid Mahmood dan Nurfarah Lo Abdullah (2007),telah menghuraikan secara terperinci cara bunyi vokal cardinal [i], [e], [ε], [a], [u], [o], [Ɔ], dan [∂]

Description: http://3.bp.blogspot.com/-y0lKl8EP1kc/Tio-7_kqSLI/AAAAAAAAAAQ/MicZlPLHvmc/s320/KEPALA.jpg

Description: http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTS1GsVOqrxXaetu3iUhdZbyuS7flR6dAhFAvQO--CwokgJrWrF

                         Description: C:\Users\admin\Pictures\vokal depan.jpg

.